Pegawai Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) adalah dilantik oleh ibu pejabat berdasarkan permohonan dari negeri atau cadangan dari ibu pejabat sendiri. Tempoh Pegawai Bersekutu adalah selama 2 tahun dan akan bersambung berdasarkan syor ibu pejabat. Mereka yang layak dilantik sebagai Pegawai Bersekutu adalah terdiri dari kalangan:-
i. Golongan Profesional (doktor, jurutera, ahli akademik)
ii. Pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan
iii. Korporat (Ahli perniagaan, pengusaha dan usahawan)